|
Menurut Pengarah Hub Halal JAKIM, Puan Saimah Mokhtar, operasi bersepadu seumpama ini sedang dipergiatkan dari masa kesemasa bagi tujuan membendung penyalahgunaan logo halal dari berleluasa.
Kebanyakan restoran dan kopitiam yang beroperasi di negara ini memiliki sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan Malaysia . Seterusnya beliau mengulas lagi, hanya logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM yang boleh digunapakai kerana jaminan halal itu berdasarkan proses piawaian serta prosedur yang telah ditetapkan. Beliau juga menyarankan kepada para pengguna serta pengunjung yang mempunyai sebarang keraguan terhadap status halal premis restoran atau kopitiam agar merujuk terlebih dahulu Bahagian Hub Halal JAKIM atau terus membuat aduan kepada KPDN KK.

Penemuan bahan ramuan meragukan yang tiada tanda logo halal telah digunakan dalam penyediaan makanan.
Manakala pada 28/10/09, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM bersama dengan Unit Halal Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya telah menjalankan Ops Kopitiam di Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya. Operasi bersepadu ini bermula jam 11.30am dan berakhir pada jam 3.30pm melibatkan dua premis makanan iaitu Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Mr. Boaz di One Utama Shopping Centre.
Dalam operasi ini juga, pihak JAKIM dan KPDNKK telah mendapati bahawa premis makanan tersebut telah menggunakan sjil halal swasta yang tidak diiktiraf (Islamic Food Research Centre) oleh kerajaan Malaysia, menggunakan ramuan serta bahan makanan yang disyaki tidak halal serta mempamerkan sijil halal photostat dari JAWI yang diragui. Berikutan dari itu, tindakan susulan telah dilakukan dalam bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Hasil dari pemeriksaan yang telah dijalankan, didapati premis berkenaan telah mempamerkan sijil halal swasta yang tidak mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia . Oleh yang demikian, syarikat didapati telah menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, di bawah Klausa 16.7.2 (ii): Kesalahan Besar memiliki sijil halal palsu atau menggunakan logo halal tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang diiktiraf dan Klausa 16.7.3: Kesalahan Serius (i) Penyalahgunaan Perbahasaan Halal/BAHEIS, (ii) Penyalahgunaan logo halal JAKIM/JAIN/ MAIN dan (iii) Pemalsuan Sijil Halal JAKIM/JAIN/ MAIN .'

Sebilangan besar pengunjung premis berkenaan adalah terdiri dari Melayu Muslim.

Pegawai JAKIM dan KPDNKK Putrajaya sedang menyoal siasat dan mengambil maklumat dari pengusaha premis berkenaan.

Penggunaan ayat Al-quran bagi tujuan menarik pelanggan Muslim.
Tarikh : 03 November 2009
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 645
|